Saturday 28 April 2012

Unspeakable Love




sekarang ni aku tengah meng'order' satu buku yang bertajuk 'Unspeakable Love'.. tengok gambar di atas kamu sudah boleh agak ia mengisahkan tentang kehidupan orang gay dan lesbian dalam masyarakat Timur Tengah.. sebenarnya, aku sudah lama tahu akan kewujudan buku ini.. kalau tidak silap pada tahun 2010.. ia bukanlah sebuah novel tapi sebuah buku non-fiction.. 

aku tidak tahu kenapa aku teringin nak baca buku ni.. semakin aku meningkat dewasa, semakin banyak benda yang aku cuba ketahui.. lebih-lebih lagi kalau benda itu ada kaitan dengan diri aku sendiri.. bagi aku, bila baca tajuk 'Cinta yang Tidak Boleh Dikatakan' pun sudah menjelaskan bagaimana kehidupan masyarakat PLU secara am nya.. 

for me, love is taboo.. sudah banyak kali ungkapan ini aku katakan dalam blog ni.. dan kerana itu aku setuju sangat dengan tajuk buku ini.. 'Unspeakable Love'... 

rasa tidak sabar pula nak baca buku ni.. aku order dari UK.. dan dijangka tiba di tempat aku, Australia antara 9-15, Mei.. 

btw, adakah salah aku membaca buku macam ni?











#aku sebenarnya tengah memikirkan untuk menulis novel PLU aku sendiri.. tajuk novel tu pun 'Unspeakable Love'.. sebab aku suka sangat dengan tajuk ni kerana ia membawa maksud yang begitu mendalam dalam kehidupan PLU.. tapi sudah semestinya novel tu adalah versi karya aku sendiri lah.. still dalam proses.. sudah ada taip sedikit cerita tu.. tapi aku tak pasti lah sama ada aku memang akan meneruskan novel tu sebab aku tahu menulis novel ni memerlukan kesungguhan.. kalau tak, tidak best lah jika novel tu tiba-tiba tergantung.. dan lagi, aku juga memerlukan masa untuk menulis dalam masa yang sama ia tidak mengganggu kehidupan aku seharian.. 

Wednesday 25 April 2012

A Jihad for Love




siapa pernah tengok dokumentari ini? ia adalah sebuah dokumentari mengenai golongan LGBT muslim, bagaimana mereka struggle dalam hidup mereka dalam masa yang sama menjadi seorang muslim.. dokumentari ini juga menunjukkan bagaimana seorang LGBT muslim cuba untuk mencari erti sebenar hidup mereka di dunia ini.. 

bagi aku, mereka tidak ubah seperti aku sendiri.. dalam hidup aku sehingga lah sekarang, aku sentiasa memikirkan soal masalah yang aku hadapi hampir setiap hari.. memikirkan tentang kehendak-Nya.. aku memerlukan satu jawapan.. 

dokumentari ni aku tengok kalau tak silap pada tahun 2010.. sedikit sebanyak ia ada memperngaruhi corak permikiran aku.. misalnya hal yang memberi kesan yang agak mendalam dalam hidup aku adalah bagaimana seorang ustaz itu menjelaskan hukuman bagi seorang homoseksual itu adalah 'mati'.. 

perkara lain yang memberi kesan kepada aku adalah apabila seorang ayah (gay) bertanya soalan kepada dua anak perempuanya "Do you think gay people should be stoned to death?"

hmm... rasanya korang semua patut lihat dokumentari ni.. 





part 2 hingga 8 cari sendiri kat dalam You Tube.. :D



Sunday 22 April 2012

Re-post: Novel PLU




Cinta Tanpa Noktah.. first time aku terjumpa novel ni kat kedai Popular di 1 Utama tahun 2011 lepas... bila tengok cover buku tu aku dah ada rasa aura tersendiri.. macam ada sesuatu je tentang novel ni.. bila aku baca je sinopsis cerita buat aku terkejut.. ni cerita tentang PLU!!

aik? macam mana novel genre PLU ni boleh lepas dipasarkan kat Malaysia?? novel bergenre taboo ni bagi aku agak macam mustahil untuk ada di kedai-kedai buku macam Popular.. lebih-lebih lagi novel tu dalam bahasa melayu.. penulis pun orang melayu gak.. =/

tiba-tiba hari ni aku terfikir tentang watak lelaki cerita ni yang bernama Zul.. dia ni seorang PLU yang gay.. tapi dia bukan seorang PLU yang tipikal.. dia bukanlah watak utama dalam cerita ni, just watak sampingan yang penting.. hero cerita ni bernama Art, seorang biseksual..

Zul ni pada padangan aku sedikit sebanyak seperti aku.. dia mengalami konflik dalaman untuk menafikan dirinya yang sebenar.. dia ada kekasih perempuan.. tapi sebab dia gay, jadi faham-faham je lah macam mana.. perkara yang aku suka tentang diri Zul adalah macam mana dia boleh menjadi seorang gay yang moderate.. dia gay tapi life dia tak macam orang gay lain.. maksud aku, seks sana sini, bercouple dengan jantan, tengok video lucah.. macam-macam je lah.. (rasanya korang faham gay life yang aku maksudkan..)

tapi, Zul tetap mengalami konflik perasaan apabila dia rasa yang dia mula tertarik dengan Art.. tapi dia cuba tahan perasaan itu.. konflik mengenai dirinya patutkah dia mengahwini kekasih perempuanya? hmm.. rasanya korang patut baca buku ni kalau nak tahu jalan cerita yang sebenar..

ada tiga watak PLU dalam novel ni, Art yang biseksual, Zul dan Jali pula watak gay.. tapi kalau korang baca, tidak pernah tertulis satu perkataan 'gay', 'biseksual' or 'PLU' pun dalam novel ni.. 'homoseksual' rasanya takde gak.. kita baca, kita faham seksualiti watak tu macam mana..

in short, aku memang suka novel ni.. tapi ada benda yang aku still nak tahu bila selesai baca novel ni.. sebab di pengakhiran cerita still tak menjelaskan 'penyelesaian yang terbaik' bagi kehidupan seorang PLU.. sesuatu yang cuba aku fahami mengenai 'kehidupan'.. tapi aku still tak dapat jawapan tu dalam novel ni...




post kali ni aku boleh kata macam re-post untuk entri sebelum ni.. kalau nak full review aku tetang novel ni sila klik sini. entah kenapa tiba-tiba aku teringat semula tentang novel ni.. kadang-kadang membaca cerita PLU membuatkan diri teruja sebab serba sedikit mempunyai kaitan tentang diri aku gak..




aku pun layan novel PLU secara online gak..

'Untuk mu im..'
http://latelenovelaomk.blogspot.com.au/ (aku suka cerita dalam blog ni.. tapi dah lama blogger blog ni tak sambung.. rasa macam tak puas hati lah sebab cerita tergantung.. :D)

'Biarkan Aku Menyayangimu Bro'
http://akulelakiberotot.blogspot.com.au/ (blog ni dulu layout ok je.. entah kenapa baru-baru ni penulis tukar layout blog jadi.. erm... kalau yang berhati suci, jangan tengok blog ni sebab pictures dalam blog ni kurang menyenangkan.. aku layan blog ni sebab nak baca cerita je.. pictures yang ada kat blog tu, honestly kurang menarik perhatian aku.. blogger ni suka sangat nak tunjuk 'aset' dia.. hmm.. aku tak tahu nak cakap apa.. not my taste lah..)

'Lagu Rindu'
http://tintahitam-blackink.blogspot.com.au/ (citer dalam blog ni still baru.. masih dalam perkembangan cerita.. jadi kalau nak follow cerita senang sikit sebab episod masih tak banyak..)


actually, aku lebih suka membaca novel PLU yang tanpa ada ada babak di ranjang.. entah kenapa seks dengan PLU ni tak boleh terpisah.. cerita PLU mesti je masuk sekali unsur seks.. aku lebih suka cerita yang lebih bertemakan 'kasih-sayang' or sesuatu yang mengajar aku erti kehidupan PLU yang sebenarnya.. sebab banyak benda aku nak tahu, bagaimana kamu boleh jadi seorang PLU dan rasa bahagia tanpa melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan.. hmm.. ada ke cerita macam tu??

Tuesday 17 April 2012

Main Peha & Biseksual




baru-baru ni aku ada melihat video clip lagu K-Pop yang baru.. aku tak lah minat sangat dengan K-Pop tapi waktu aku pertama kali masuk IPTA kat Malaysia, aku lah yang bertanggungjawab memperkenalkan K-Pop kat kawan-kawan IPTA aku.. ketika itu ramai yang tak tahu sangat dengan K-Pop, so video lagu yang aku tunjukkan pada kawan-kawan aku adalah lagu 'Gee' oleh SNSD..

aku tak tahu lah sebab apa, tapi kawan-kawan aku asyik berkata, "oh tidak, aku tak boleh tahan lah tengok video clip ni.. takut kena mandi wajib.. hehe.."

adakah video lagu Gee tu seksi sangat?? bagi aku biasa je... tak ada yang menghairahkan pun.. tapi aku tak tahu lah di mata lelaki normal macam mana bila mereka tengok perempuan.. sebab aku sendiri songsang.. memang tak 'terangkat' pun.. :D

hmm.. mungkin macam tu lah kot bila menjadi lelaki normal..

kemudian minggu ni aku ada melihat video lagu terbaru dari kumpulan Sistar, tajuknya 'Alone'.. first impression aku bila tengok video lagu ni hati aku berkata, "celaka gila video ni, main tunjuk peha.. haha"

honestly, pada pendapat aku antara semua kumpulan K-Pop perempuan yang aku pernah tahu (sebab aku tak layan K-Pop sangat), Sistar ni lah body-body mereka paling cun.. tak begitu kurus, gemuk memang jauh sekali..

I know, all of them are sexy and beautiful, tapi hakikatnya still tak boleh nak cabar nafsu aku.. rileks je mata aku melihat aksi mereka gesel-gesel kaki.. (parah gila penyakit naluri aku ni..)

tapi, aku tak tahu lah bagaimana pula pendapat lelaki normal bila tengok video lagu ni.. or pendapat yang biseksual?

aku boleh suka pada seseorang perempuan (tapi agak jarang sangat-sangat) tapi dari segi tarikan seksual untuk saat ini memang tak ada lagi..






#waktu aku ada akaun PR dulu (sekarang dah tak ada.. langkah untuk memperbaiki diri.. =D) ada gak aku pernah berbual dengan lelaki biseksual.. tanya, "kenapa nak cari kekasih lelaki? perempuan yang halal bukan kah lebih baik?" jawab dia "tapi saya more to lelaki lah..."

hmmm... aku tak tahu lah hidup lelaki biseksual macam mana.. walaupun satu golongan PLU gak, tapi banyak benda yang aku tak faham tentang hidup orang biseksual ni.. bagi aku mudah je, kalau still ada nafsu pada perempuan, cari lah awek.. tak payah nak menjalani kehidupan penuh pancaroba bila bercinta dengan lelaki.. tapi, semua orang ada sebab-sebab tertentu kenapa mereka berbuat sedemikian..

kat PR aku tengok lagi ramai lelaki biseksual berbanding gay.. dalam 70% macam tu lah.. tapi, yang biseksual ni lah yang paling aktif nak buat seks songsang, nak bercinta dengan lelaki.. kenapa ye?? bukan kah diri sudah ada 'kemudahan' dengan ada nafsu terhadap perempuan, seeloknya cari lah awek.. btw, aku bukan biseksual, jadi aku tak faham lah..

Saturday 14 April 2012

Gay and 1% to Love





dia kata dia seorang PLU.. hatinya hanya akan tertarik kepada lelaki sahaja.. tapi dia tetap menipu perasaannya.. dia cuba bercinta dengan seorang perempuan.. Nora, itulah nama kekasih hatinya..

aku katakan kepadanya, kau sedang buat kerja gila.. kau cuba untuk menipu diri sendiri, menyeksa perasaan hati sendiri.. bagaimana kau ingin bercinta dengan insan yang tidak mungkin kau dapat lafazkan perkataan 'cinta' dengan seikhlasnya? kau menyeksa diri sendiri.. dan lebih pedih lagi kau menyeksa perasaan Nora sebenarnya..

aku fikir dia sedang buat kerja gila.. Haris, pilihan kau memang sukar.. kau sedang memilih satu jalan yang begitu banyak cabaran.. cuba mencintai insan yang mungkin tidak dapat kau cintai.. aku tidak pernah mendengar cerita seorang PLU yang gay dapat mencintai seorang perempuan.. adakah kau mampu buat begitu?

"Nora sayangkan aku.. dia cinta aku, dan aku dapat rasakan dia betul-betul ada perasaan tu pada aku..."
kata Haris..

"tapi, aku nak tanya lah, kalau sekali pun Nora cintakan kau, tapi bolehkah kau membalas perasaanya? kawan, soal perasaan ni bukan main-main.. aku tahu siapa kau.. kau seperti buat kerja gila.. banyak je orang PLU yang gay cuba untuk bercinta dengan perempuan.. ada yang sampai berkahwin.. hasrat kata ingin berubah.. tapi akhirnya mereka tetap tidak dapat menipu diri sendiri.. dan yang menjadi mangsanya adalah perempuan yang cuba mereka cintai tu.. kau ingin jadi macam tu? kau sedang menyeksa Nora sebenarnya.."

Haris terdiam.. dia tahu apa yang aku maksudkan.. dia tahu kebenaran peringatan yang aku berikan.. memang sukar jalan yang dipilihnya.. ia bukan sahaja melibatkan dirinya, namun akan memberi kesan kepada diri Nora... untuk seketika, Haris cuba untuk berfikir panjang...

"aku percaya adalah mustahil untuk seorang gay untuk mencintai seorang perempuan.. aku katakan 99% adalah mustahil untuk ia berlaku.. tapi, masih ada 1% peluang aku untuk berjaya mencintai Nora.." kata Haris.

"kau tahu pun.. 99% adalah angka yang sangat besar.. kemungkinan untuk kau 'tewas' adalah sangat besar sekali.. aku katakan lagi, kau sedang buat kerja gila, Haris.. tiada sesiapa yang berani menanggung risiko 99% kegagalan.. aku bukan cuba untuk menghasut kau untuk tidak mencintai perempuan.. dan aku tidak pula kata yang kau patut mencintai seorang lelaki.. tapi, aku takut yang kau akan buat satu kesilapan besar.. Haris, kau betul-betul tetap dengan pendirian kau sekarang ni? mencuba 1% untuk mencintai Nora?"

Haris terdiam.. dia berfikir panjang semula.. cuba mempertimbangkan pilihannya.. untuk tempoh tiga minit kemudian, tiba-tiba Haris tersenyum kecil.. 

"hehe.. kau benar, kawan... mungkin aku gila sebab cuba untuk memilih jalan ni.. tapi kebanyakkan orang terlalu takut untuk mencuba.. di dunia ni terlalu banyak kemungkinan yang akan berlaku.. walaupun 1% kejayaan, tapi ia masih lagi menunjukkan yang aku ada peluang.. tidak ada yang 100% di dunia ni.. 100% kejayaan mahu pun kegagalan.. kebanyakkan orang PLU telah menerima diri mereka PLU 100%.. dan kerana itu, mereka terlalu takut untuk mencuba.. dan mereka pilih 99% daripada 1% yang mustahil untuk berlaku.. tapi aku tidak seperti mereka.. aku akan ambil risiko 99% tu kerana aku percaya tidak ada yang mustahil untuk berlaku.. one piece at a time.. aku tidak akan berhenti mencuba.. dan aku percaya Allah akan menunjukkan jalan terbaik untuk aku.. mungkin 1% tu adalah jalan terbaik untuk aku... dan aku akan tetap kejar 1% itu.. one percent to love you, Nora..."








#setiap orang mempunyai pelbagai jalan penyelesaian mereka tersendiri.. begitu lah juga dengan Haris.. dia berani memcuba 1% kejayaan.. dia mempunyai azam yang sangat tinggi.. keyakinannya amat mengagumkan biarpun dia tahu ada 99% kegagalan yang menanti.. one piece at a time, dia cuba untuk melakukan sesuatu yang mustahil.. mungkin aku patut katakan 'sesuatu yang orang anggap mustahil'.. kalau lah kemungkinan untuk berjaya adalah 0.001% sekali pun, dia tetap berani mencuba menanggung risiko 99.999% kegagalan.. hakikatnya, tidak ada kemungkinan yang 100% untuk setiap masalah yang dihadapi.. begitu lah juga dengan mencintai seorang wanita.. 


satu peratus untuk mencintai...


#hakikatnya, aku sendiri pun masih tidak bersedia untuk menanggung 99%  kegagalan.. XD

Monday 9 April 2012

Perempuan

hari ni aku tertanya-tanya, "kenapa aku tak rapat dengan perempuan ye??"

honestly, aku tak banyak kawan perempuan.. dan aku pun tak pandai nak cari kawan perempuan.. sebab kenapa?? mungkin kerana aku malu dengan perempuan kot.. seriously aku jenis yang malu dengan perempuan.. hehe.. tak tahu kenapa boleh macam tu..

kadang-kadang aku tertanya-tanya gak macam mana lah kawan-kawan aku yang lelaki boleh bermesra dengan budak perempuan, bergurau-gurau.. tapi aku susah sekali nak buat macam tu..

aku jarang berkomunikasi dengan budak perempuan.. bukan sebab anti, tapi memang dari dulu lagi macam tu...

kalau ada saudara perempuan aku datang berkunjung ke rumah, aku kebiasaanya akan berkurung dalam bilik.. hehe.. segan lah...

pelik.. :D

Saturday 7 April 2012

Gay and Senses





Di dapur rumah Arif, hanya Ada aku dan dia sahaja.. Arif adalah kawan aku, tapi baru-baru ni aku ada mendengar umpatan orang mengatakan yang Arif sebenarnya adalah seorang gay.. sungguh, aku terkejut... siapa nak percaya Arif yang kelihatan seperti lelaki normal sebenarnya bernafsu songsang? lalu aku bertanyakan perkara ini kepada Arif.. mula-mula dia agak keberatan untuk memberi penjelasan, namun setelah aku berjanji untuk menyimpan rahsianya, akhirnya di depan mata aku dia mengaku yang dia gay!! oh tidak!! 

Aku tidak faham kenapa Arif boleh jadi gay.. macam tidak ada perempuan kat dunia ni dia nak suka.. kenapa harus suka dengan jantan? pada hal dia sendiri pun jantan.. Arif kau memang sudah tersesat jauh.. kau perlu berubah.. Nabi tak mengaku umat jika kau masih lagi menjadi gay.. kenapa tidak kau cuba mencintai seorang perempuan?? kenapa harus kepada lelaki? sungguh, aku tidak faham..

"cuba rasa air ni.. " Arif menghulurkan sebotol air mineral kepada aku.

aku rasa.. "ianya rasa macam air mineral biasa.." balas ku.

"cuba air yang ni pula.." air mineral kedua pula dia hulurkan..

aku rasa lagi.. "hmm manis.." 

aku memandang Arif.. dia hanya tersenyum.. aku tertanya-tanya akan maksud reaksi mukanya itu.. 

"so, kenapa kau suruh rasa dua air ni?? satu air mineral biasa.. manakala yang satu lagi rasa manis, mesti kau tambah gula kan?"

"Ya, betul.. air mineral yang satu lagi aku tambah gula.. dan sudah tertentu ia terasa manis.." balas Arif..

kemudian, Arif pergi mengambil sesuatu.. ada botol kecil diambilnya.. tertulis perkataan 'garam halus' di situ.. aku tertanya-tanya, apa pula yang Arif cuba lakukan lepas ni? pada air mineral biasa tadi, dua sudu garam halus tadi dia tambah dan digoncang agar garam itu semua larut.. 

"aku nak kau rasa air ni pula" pinta Arif.

"kau gila apa? kau nak suruh aku minum air garam? siapa yang nak minum air masin?"

Arif tersenyum, "kau pasti ke rasanya masin? kau tak rasa lagi.. macam mana kau boleh tahu?"

aku hanya diam.. mungkin yang ditambah ke dalam air tu bukan garam.. hmm.. nak rasa ke tak? hmm.. 

aku ambil dan minum air itu.. tidak sempat aku nak telan, aku terus meludahkan air tu keluar...

"celaka kau!! ni air garam lah.."

"betul ke air garam?" Arif lantas terus meminum air tu..  minum sampai habis dengan sekali teguk.."hmm.. aku rasa manis je.. or.. kau sengaja nak tipu aku? manis je aku rasa.."

"hei!! kau yang sedang menipu!! kau letak garam! tak kan lah letak garam air tu jadi manis pula?" 

aku tak puas hati.. memang aku rasa air tu masin.. Arif ni gila ke apa? rasa masin dikata manis? or memang lidah dia yang bermasalah? aku rasa memang Arif saja nak kena kan aku!

Arif hanya tergelak kecil.. aku semakin tertanya-tanya.. kenapa senyum? sungguh.. dia ni pelik..

Arif tersenyum sambil memandang tepat kepada mata aku, "memang air tu masin pun.. aku saja nak tipu kau.. tak sangka pula aku boleh minum sampai habis.. hehe.. "

"tak lawak lah, Arif! kau nak tunjukkan aku apa benda sebenarnya? suruh aku minum air mineral.. air gula.. dan lagi kau suruh minum air garam.. apa kaitannya dengan tujuan aku untuk dengar penjelasan kau?"

sungguh.. aku tidak faham dengan semua ini.. 

Arif cuma tersenyum sinis.. dia tetap memandang tajam ke arah mata aku.. dari air muka dia, aku dapat rasakan yang dia betul-betul serius.. dia buat aku semakin tertanya-tanya.. 

"macam ni lah.. kau rasa air gula tu manis sebab otak kau memang dah tahu ia manis.. dan kau boleh agak aku ada tambah gula dalam air tu.. begitu lah juga dengan air garam tadi.. memang betul, air tu masin sebab ditambah garam.. kalau aku kata air tu manis, kau tahu yang aku sedang menipu.." balas Arif..

"Ok.. so, apa kaitannya dengan gay?"

Arif tersenyum lagi, "aku sendiri tidak boleh menafikan rasa air tu masin, sebab deria rasa kita tahu bagaimana rasa masin.. katakanlah aku mahu kau kata air garam tadi manis, boleh kah otak kau kata ia manis? tentu sekali tidak! otak kau tidak boleh menipu.. rasa itu tetap juga masin.. tapi jika kau kata air tu manis, kau sedang berbohong sebenarnya.."

aku tak faham.. apa kaitan rasa manis dan masin dengan gay? tiada kaitan langsung!! 

"apa yang aku buat tadi sama lah kaitannya dengan soal perasaan.. soal perasaan seorang gay... kau tahu yang kau suka dengan seseorang, bila hati kau memang betul-betul sudah tertarik dengan orang tu.. perasaan suka sama seperti pancaindera kita.. deria rasa dapat membezakan sesuatu rasa manis, masam, masin mahupun pahit.. yang manis, tidak akan menjadi pahit, yang masin tidak akan menjadi masam.. deria pendengaran membezakan bunyi yang bising dan pelahan.. sentuhan di tangan dapat membezakan permukaan yang lembut, kasar mahupun tajam.. begitulah juga dengan perasaan.. kau tahu apa itu perasaan marah, gembira, sepi dan juga rindu.. kau tahu diri kau gembira jika hati kau kata gembira.. tidak mungkin sekali kau akan kata diri kau marah jika hati kau rasa bahagia.. macam tadi, bolehkah kau kata air garam tu rasa manis? jika kau kata ia manis, kau sedang berbohong sebenarnya.."

aku terdiam..

"biarpun perasaan suka seorang gay itu kepada sesuatu yang salah, hakikatnya hati tidak boleh membohongi perasaan.. kau tahu diri kau jatuh hati dengan seseorang.. jika kau menafikannya, kau sedang menipu diri sendiri.. macam itu lah begitu sukar untuk seorang gay untuk berubah.. melupakan apa itu manis, masam, pahit dan tawar.. melupakan apa itu bunyi yang bising, sentuhan yang lembut mahupun kasar.. melupakan apa itu perasaan gembira, marah, kecewa dan sedih... hakikatnya itu adalah mustahil kerana kita lahir secara fitrahnya mempelajari semua itu.. tidak ada sesiapa yang mengajar kita apa itu perasaan gembira, sedih dan kesunyian.. begitu lah juga dengan perasaan suka..."

"... sungguh! aku tak suka dengan perasaan ini.. namun semakin aku menafikannya, ia akan menghukum diri sendiri.. hakikatnya, aku tidak boleh lari dari perasaan ini.. aku tidak boleh melupakannya.. ianya sama seperti melupakan apa itu perasaan gembira... satu penyeksaan yang sangat pedih!" sambung Arif lagi..

"kawan, masalah hati adalah begitu rumit.. orang yang tidak memahami senang sahaja mengatakan yang orang macam aku ni gila.. tersesat.. ya, aku mungkin tersesat.. tapi yang menyedihkan sekali, aku tersesat tanpa kemahuan diri aku sendiri.. kawan.. aku sudah menjelaskan semuanya pada kau tadi.. untuk melupakan perasaan songsang ini, sama lah seperti kau cuba melupakan apa itu rasa bahagia, sedih, kecewa.. ia seperti pancaindera kita.. kalau kau boleh melupakan bagaimana rasa manis, pahit dan masam, nescaya kau pasti dapat melupakan apa itu perasaan suka.. tapi, boleh kah jadi macam tu??"







hmm.. cerita kali ni agak complicated sikit.. aku tak tahu lah korang faham mesej yang aku nak sampaikan ke tak.. kalau pembaca blog ni perasaan, post kali ni macam 're-post' topik sebelum ni.. (klik kat sini) tapi kali ni lebih terperinci.. harap-harap korang semua faham dengan cerita ni...

Monday 2 April 2012

Gay as a Best Friend



Khairul seorang lelaki yang agak popular.. bukan kerana paras rupanya yang hensem, namun hatinya yang cukup baik dan lembut membuatkan semua orang menyenanginya.. dia begitu mesra dengan semua orang.. junior, senior malah warga pendidik cukup senang dengan dia.. lelaki yang cukup sopan.. banyak juga perempuan yang menyimpan perasaan suka kepadanya secara diam-diam.. 

"You berbeza dengan budak lelaki yang lain.. to be honest, I rasa you ni gentleman sangat-sangat.. mesti bertuah jika ada perempuan jadi gf you.." akui Aisyah..

Khairul hanya tersenyum malu.. tunduk tanpa ada bicara..

seperti seorang kaunselor, Khairul sering sahaja menjadi tempat teman-temannya meluahkan masalah.. Khairul akan buat sedaya upaya yang dia mampu untuk membantu teman-temanya itu.. nasihat yang dia berikan begitu berguna.. dan kerana itu, teman-teman semua semakin sayang dengan Khairul.. dia adalah teman sejati.. dia hadir di saat susah dan senang.. dia akan melakukan apa sahaja asalkan teman-temannya gembira.. biarpun begitu banyak pujian orang berikan kepada Khairul, namun Khairul tidak berasa angkuh.. dia kata hadirnya dia di dunia ini adalah untuk membawa kebahagian kepada orang lain.. jika orang lain bahagia, dia turut bahagia.. 

seakan sempurna.. bagus paras rupanya, akhlaknya juga disenangi ramai..

namun.. hakikatnya tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.. Khairul adalah seorang PLU.. hatinya hanya tertarik kepada manusia sejenisnya.. dia cuba untuk menafikan perasaan ini.. namun semakin dia menafikan, semakin terseksa jiwanya... dalam diam, dia menyimpan perasaan suka kepada kawan baiknya sendiri, Amir.. hatinya mengatakan rindu kepada Amir, namun Khairul cuba memberontak untuk menafikannya.. hatinya mengatakan sayang kepada Amir, namun Khairul menafikan, ia cuma sekadar bisikan syaitan...

Khairul cuba pendam perasaan ini.. dia merasakan dirinya sesat.. baginya, dirinya adalah hina jika dia menyimpam perasaan suka kepada Amir.. dia rasa bersalah.. dia merasakan dirinya berdosa... 

Khairul cuba untuk menjauhi Amir.. dia tidak mahu perasaan ini akan menghantuinya.. Amir cuba dia lupakan.. namun, semakin Khairul cuba menjauhi Amir, teman baiknya itu mula berasa curiga.. Amir tertanya-tanya, "Kenapa Khairul seakan menjauhkan diri daripada aku?"

Amir inginkan kepastian.. dia inginkan penjelasan teman baiknya, Khairul kenapa dia menjauhkan diri daripadanya? namun, Khairul hanya tersenyum tanpa ada bicara.. 

Amir semakin memdesak.. baginya, Khairul tak macam dulu lagi.. dingin terhadap dirinya namun tidak kepada orang lain.. Khairul masih lagi jadi teman sejati kepada semua orang, namun tidak kepada Amir. hatinya tertanya-tanya, adakah dia pernah berbuat salah kepada Khairul? dia tetap juga inginkan penjelasan.. dia tahu, jika dia ada berbuat salah sekali pun, Khairul tetap akan memaafkan silapnya.. itu lah Khairul yang dia kenali.. itu lah Khairul yang semua temannya ketahui...

"Aku nak kita putus kawan.." akhirnya Khairul bersuara..

Amir terkejut.. dia inginkan kepastian.. baginya jawapan itu sungguh di luar jangkaan..

"Kau main-main ke?? sejak bila pula kau dah pandai tak nak kawan sesiapa? aku nak kau beri penjelasan yang betul-betul solid apasal kau dah tak nak kawan dengan aku?"

Khairul hanya diam...

"Jangan macam ni lah, kawan.. aku kenal kau dah lama.. kau dah berubah sekarang ni.. tak macam dulu.. aku minta lah sangat-sangat tolong jelaskan kepada aku kenapa kau macam cuba jauhkan diri daripada aku? please lah.. kau lah teman terbaik yang aku pernah ada..." Amir masih inginkan penjelasan..

Khairul tak tahu kenapa, namun hatinya mula menangis.. dia cuba untuk menaham perasaanya itu.. dia tidak mahu memandang Amir, namun digagahkan juga hatinya untuk berdepan dengan Amir.

"You'll hate me..." jawab Khairul ringkas..

"Ok.. fine!! kau memang betul-betul dah berubah.. aku dah tak kenal dengan kau sekarang ni.. kau bukan Khairul yang aku kenal dulu lagi.. Khairul yang sentiasa ada di sisi teman-temanya.. tapi sekarang kau dah buat exception yang aku bukan lagi kawan kau.. kenapa kau boleh terus jadi baik kepada semua orang tetapi tidak kepada aku?? aku rindu Khairul yang dulu tapi sekarang..." Amir mula mengalirkan air mata.. "ah! sudah lah! kau memang betul-betul dah berubah!"

Amir lantas meninggalkan Khairul bersendirian.. hatinya begitu marah.. ketidak jujuran Khairul membuatkanya berasa marah.. hatinya terkilan kerana dia tahu Khairul sebenarnya masih lagi mahu berkawan dengannya.. tapi kenapa dia buat dirinya sebegitu? Amir mahukan penjelasan..



*    *    *




Assalammualaikum...

Amir, aku tidak tahu macam mana keadaan kau di UK sekarang ni.. aku harap pelajaran kau di sana berjalan dengan lancar.. maafkan aku kerana sikap dingin aku dulu membuatkan kau terluka.. sejujurnya aku tidak berniat untuk membuatkan kau marah dan tertanya-tanya atas segala yang pernah aku lakukan dulu.. aku insan yang hina.. aku tak layak untuk menjadi kawan baik kau.. aku berbeza dengan orang yang lain.. dan akhirnya kau mengerti juga kenapa aku jadi dingin terhadap kau.. kalau kau nak tahu, selepas kita putus kawan, aku berasa sunyi sangat-sangat.. aku menderita... perasaan ini semakin aku cuba nafikan, semakin kuat ia menghiris perasaan aku.. ia tersangat pedih bila aku cuba menipu yang aku membenci kau.. 

aku begitu sayangkan kau, Amir.. betul-betul sayang.. tapi aku tahu perasaan ini salah.. dan kerana itu aku menjauhkan diri.. ia adalah jalan terbaik bagi aku untuk melupakan kau.. kerana setiap hari jika kita bersama hati ini semakin berbunga bahagia.. serius, aku sangat bahagia namun aku juga rasa bersalah.. aku berasa hina kerana jatuh suka kepada kau, Amir.. kau adalah kawan baik aku dunia dan akhirat.. namun bagi aku, perasaan suka aku kepada kau adalah satu pengkhianatan dalam hubungan kita.. 

Amir, sejak hari tu kau mula menjauhkan diri daripada aku.. sungguh, aku berasa sedih, namun itu lah apa yang aku inginkan.. tapi keadaan ini membuatkan aku betul-betul terseksa.. aku ingin mememui kau.. aku ingin kita bersama sama seperti dulu.. hakikatnya, ini lah yang terjadi.. kita betul-betul sudah putus persahabatan.. kau tidak memperdulikan aku lagi.. untuk tempoh satu tahun itu, begitu sukar untuk aku menemui kau.. khabar berita langsung aku tidak tahu mengenai kau lagi.. aku cuba untuk tidak ambil tahu tentang diri kau dan aku ingat aku sudah berjaya..

Amir, ingat tak lagi pada hari tu aku mengatakan "You'll hate me" jika aku memberikan penjelasan? Ya.. akhirnya kau dah tahu kenapa aku kata kau akan membenci aku.. khabar berita mengatakan yang kau akan pindah belajar ke UK membuatkan aku betul-betul terkejut.. aku hanya dapat tahu di saat-saat akhir ketika kau ingin berlangkah pergi dari tanah air.. maafkan aku atas kelakuan yang memalukan aku telah lakukan.. aku berlari menemui kau lantas memelukmu dengan penuh erat.. di depan mata teman-teman kita yang lain aku mengatakan, "aku sayangkan kau, Amir... maafkan aku.." semua orang terkejut termasuklah kau.. sungguh aku tidak tahu macam mana aku boleh melakukan sedemikian.. namun, aku betul-betul sayangkan kau dan tak ingin kau meninggalkan aku.. dan ia adalah benar.. You will hate me..

lantas kau tolak aku dengan kekerasan.. kau katakan kepada aku "manusia dilaknat Allah!!" di depan mata semua teman-teman kita.. semua orang mendengarnya dengan jelas.. aku hanya menangis.. sungguh, aku begitu lemah.. kata-kata mu itu betul-betul membuatkan hati ku terluka.. aku berasa malu terhadap diriku.. malu kerana memeluk dirimu.. sungguh, aku tidak bermaksud untuk memalukan diri kau... aku hanya ingin kau tahu yang aku betul-betul sayangkan kau... maafkan aku, Amir kerana menyayangimu... maafkan aku...

Amir... kini semuanya sudah menjadi kenangan.. kau adalah kawan baik aku dunia akhirat.. dan tetap akan jadi kawan aku selamanya.. maafkan aku kerana telah menjadi sejarah hitam dalam diri mu.. aku tahu yang aku bersalah kerana memalukan kau di depan mata-mata teman kita.. kalau kau nak tahu kini aku sudah tidak ada sesiapa.. semua orang membenci aku.. peristiwa hitam itu membuatkan semua orang kenal akan siapa aku yang sebenarnya.. semua orang membenci aku.. biarpun selama ini aku cuba menjadi teman sejati kepada semua orang, namun status "manusia dilaknat Allah" telah merubah segalanya...

hati ini terasa pedih.. 

aku tidak menyalahkan kau.. memang layak aku kau benci.. hakikatnya begitulah yang sepatutnya terjadi.. salah aku semuanya... tapi kau buat aku bahagia.. sehingga kini kau sentiasa membuatkan aku bahagia, Amir.. aku tidak menyesal mengenali mu...




Regards,

From Your Best Friend :D
          Khairul

Jual Kekasih


aku sekarang ni nak jual harta kesayangan aku, my beloved red Nikon D3100.. seriously aku sayang sangat-sangat dengan DSLR merah aku ni.. beli pun pada bulan December lepas.. still baru gak.. kadang-kadang aku boleh bawa 'kekasih' aku ni tidur bersama-sama.. lecturer Aussie aku kata ia macam Ferrari.. aku pula kata kamera aku seksi sangat-sangat.. aku beli yang warna merah pun sebab aku ni jenis yang pentingkan gaya.. tak nak lah common sangat warna hitam.. Nikon D3100 bagus apa??

antara benda yang buat aku teruja sangat-sangat adalah DSLR.. kadang-kadang aku tak boleh tidur sebab fikir tentang DSLR je.. walaupun aku pun tak lah pandai nak ambil gambar, tapi at least aku puas hati lah.. aku beli pun sebab untuk kepuasan hati.. 

banyak gak lah aku laburkan duit untuk kamera ni.. aku beli lens 50mm f/1.8G harga RM750.. tambah lagi 55-300mm aku beli March lepas harga $330.. then aku beli lens Holga lagi.. tapi aku still tak rasa cukup gak.. macam nak tambah lens lagi.. bila difikirkan semula dah beribu duit aku laburkan.. 

last-last aku fikir macam nak jual je.. aku jual kat kawan aku yang kat Adelaide $500.. rasa sayang pula.. dah lah kamera tu cantik giler-giler.. aku jual sebab aku rasa nak upgrade body.. sebab hari tu aku sudah 'terbeli' Nikon D90 harga $700 (RM2226) campur skali dengan 18-200mm dan 50mm.. online shopping selalu buat aku rambang mata.. fikir-fikir, tak kan lah nak simpan dua kamera?? 

seriously, aku kena kawal nafsu aku daripada berbelanja.. harga sewa rumah dah $420 (RM1335.60).. bil elektrik bulan lepas pula $162.87 (RM517.93), lagi-lagi aku tinggal sorang diri dan bayar semuanya sendirian.. tak campur lagi bayaran telefon, internet segala.. MAKANAN!! telur 12 biji harga lebih belasan ringgit!! tu lah yang paling murah.. kualiti barang compare kat Malaysia sama je..

but, still... aku obses berbelanja... 

bila lah aku nak berubah?? 

masa untuk mematangkan diri tapi aku still tak matang-matang gak.. kalau hal-hal duit ni aku memang tak pandai nak urus.. sepatutnya aku tak dapat biasiswa sejak dari lepas SPM lagi.. sebab bila aku dapat duit, aku akan berbelanja sakan.. tak perlu risau sebab biasiswa cover semua.. (habis duit rakyat dibelanjakan.. :D)

aku ingat bila aku tinggal sorang diri kat Aussie aku mula sedar untuk belajar berjimat.. hakikatnya tabiat buruk aku tu still tak dapat nak dibuang.. 

honestly, aku tak fikir serious tentang duit.. macam tahun lepas, aku tak kisah sangat duit aku hilang RM650.. rileks je.. padahal keluarga aku pun tak kaya.. miskin je.. entah.. aku ni memang tak sedarkan diri.. bil elektrik RM517.93 pun tak rasa mahal sangat.. padahal aku orang miskin je.. kerja pun tak..

doa-doakan lah aku berubah....







#sekarang ni aku tengah pasang niat nak beli Nikon D7000 pula.. harga mencecah RM4000.. idea giler mana pula merasuk minda aku?? seriously, aku perlu dapatkan kerjaya yang betul-betul dapat menampung nafsu berbelanja aku..

jangan risau.. aku guna duit aku sendiri bila beli kamera, lens segala.. tak bagus lah guna duit rakyat.. entah lah.. duit tu sepatutmye aku guna untuk hal-hal penting bila biasiswa aku rasa tak mencukupi.. hakikatnya aku dah guna awal untuk kepuasan sendiri..

sebenarnya aku dah mula start nak berjimat.. kadang-kadang aku dah mula berkira kalau menyentuh hal duit.. kawan aku yang lain banyak yg beli iPhone 4S, aku still dengan handset RM350.. just, kalau hal tentang kamera aku memang x boleh nak tahan.. kalau kat Malaysia Nikon D90 harga nk cecah RM3000.. siapa tak tahan bila orang jual harga RM2226 sekali dengan 18-200mm dengan 50mm??